Sunday 27 March 2011

Lagenda Puteri Saadong

Cerita ini aku kutip dari salah seorang sejarawan dari negeri Kelantan. Kelantan memang sinonim dengan cerita mitos Puteri Saadong,yang sememangnye terkenal dengan kecantikkan dan kesaktian beliau.Mengikut cerita nye,Puteri Saadong telah berkahwin dengan Raja Abdullah yang berasal dari Tanah Rendah sekebun bunga iaitu berdekatan dengan Pasir Mas.

Dipendekkan cerita,rombongan Maharaja Siam (Thai) datang ke kelantan dan telah terpandang lalu terpikat dengan keayuan Puteri Saadong, lalu Maharaja Siam ini telah mengambil dan membawa Puteri Saadong ke Krunthep (Bangkok),semasa berada di sana (Siam) Puteri Saadong telah terhidu dengan helah yang telah dirancang oleh Maharaja Siam yang mana beliau ingin menjadikan Puteri Saadong sebagai Permaisuri.

Dengan kesaktian yang ada pada diri beliau,maka Maharaja Siam itu telah di saktikan oleh Puteri Saadong dengan satu penyakit iaitu tumbuh nye pekung didada (bisul) dan penyakitnye itu telah berterusan selama beberapa purnama.Kerana tidak tahan dengan keadaan geringnye itu maka Maharaja Siam telah bertitah, jika sesiapa yang dapat menyembuhkan penyakit nye itu maka mereka akan mendapat satu permintaan yang akan di kota kan oleh Maharaja Siam , lalu Puteri Saadong sekali lagi mengunakan kesaktian yang ada padanye untuk menyembuh kan penyakit yang dialami oleh Maharaja Siam itu.Puteri Saadong telah membuat permintaan supaya menghantarnye pulang ke Kelantan jikalau penyakit Maharaja Siam itu sembuh.

Dengan kuasa Tuhan lama-kelamaan penyakit beliau telah sembuh dan beliau telah mengotakan janjinye iaitu menitahkan supaya Puteri Saadong dihantar pulang ke negeri Kelantan tetapi sebaliknye itu adalah tipu helah Maharaja Siam dan janji nye itu tidak dikotakan.Lalu Puteri Saadong melarikan diri pulang kelantan.Setibanye di Kelantan Puteri saadong terperanjat apabila mendapat tahu bahawa Raja Abdullah telah berkahwin lain.Puteri Saadong yang agak marah pada ketika itu telah mengambil pacak sanggul lalu menikam Raja Abdullah.Selepas kematian Raja Abdullah Puteri Saadong membawa diri bersama hulubalangnye (Awang Selamat) dan bersemayam di Bukit Marak.

Mengikut cerita sejarah silam bahawa Puteri Saadong juga telah bersemayam di Bukit Panau (Tanah Merah),Gunong Reng (Jeli) dan Gunong Ayam (bersebelahan Gunong Stong).

Adakah benar bahawa Puteri Saadong telah merantau sehingga ke Pulau Langkawi dan Sarawak (Borneo)?????

Menurut mitos Puteri Saadong adalah orang yang sama dengan Cik Siti Wan Kembang,Puteri Santubong,Puteri Kayangan Bulan (Padang Sira Kedah) dan Tujuh Puteri di Terengganu,penyamaran ini terpaksa dilakukan kerana melarikan diri dari menjadi buruan oleh Siam dan orang Raja Abdullah.Benarkah Puteri Saadong masih hidup???Jikalau Puteri Saadong telah mangkat di manakah makam beliau????

No comments:

Post a Comment