Wednesday 30 March 2011

dan 'Dia' terlalu menyayangiku......

Kenapa kamu terlalu menyayangiku?????Entah kenapa aku yang menjadi pilihan si dia.....aku didampingi,disayangi,dirindui......semenjak lahir nye anakku yang keempat si dia asyik mengekori dan memerhatikan aku...bukan kah si dia tahu aku sudah berpunya.Tahukah kamu bahawa aku amat2 membenci kamu.....boleh di kata kan tiap2 hari aku cuba menjauhkan diri dari kamu...tetapi semakin jauh aku lari semakin kamu mengejarku.......aaarrrggghh aku benci kamu.....sudah bermacam macam cara aku buat utk kamu melupakan aku,tetapi semua nye tidak berhasil,malah si dia makin kuat menghimpit aku...apa lagi yang harus aku laku kan?????Susah sgt ke kau nak keluar dari hidup ku.....tak reti2 ke yang aku ni tak suka kat kamu.....Ya allah Ya tuhan ku....tolong lah hamba mu ini........kepada si dia yang bernama En LEMAK BIN OBES....nnnnnyyyyaaaaaahhhh kau dari hidup aku,aku benci kamu.....

Tuesday 29 March 2011

Tips - Menghargai pasangan anda

Kepada sang suami kat luar sana......cuba renung-renungkan dan fikir-fikirkan......

Isteri adalah seorang wanita yg anda pilih.....tempat anda berkongsi suka-duka dan juga melahirkan zuriat untuk anda....So hargailah apa yang telah dikorbankan oleh isteri anda dan cuba amal kan tip-tips kat bawah ni ye....

# Sayangilah isteri anda seperti mana anda menyayangi diri anda.
# Jangan sekali-kali menganggap isteri sebagai "orang gaji"anda.
# Ketahui lah olehmu wahai sang suami bahawa sang isteri memerlukan sokongan dari anda.
# wanita sememangnye suka di hargai,jadi seharusnye sang suami mestilah mengingati tarikh2 penting dalam hidup pasangan anda.
# Dan jikalau si isteri sibuk ,bantulah ringankan beban nye seperti menjemur kain,membasuh pinggan dan sebagainye.
# Berilah isteri anda ciuman penghargaan.
# Sekali-sekala murahkan bibir anda dengan pujian (tak rugikan kalau anda memuji)
# Dengarlah pendapat isteri anda.
# Cubalah penuhi hajat isteri anda.

Sunday 27 March 2011

Lagenda Puteri Saadong

Cerita ini aku kutip dari salah seorang sejarawan dari negeri Kelantan. Kelantan memang sinonim dengan cerita mitos Puteri Saadong,yang sememangnye terkenal dengan kecantikkan dan kesaktian beliau.Mengikut cerita nye,Puteri Saadong telah berkahwin dengan Raja Abdullah yang berasal dari Tanah Rendah sekebun bunga iaitu berdekatan dengan Pasir Mas.

Dipendekkan cerita,rombongan Maharaja Siam (Thai) datang ke kelantan dan telah terpandang lalu terpikat dengan keayuan Puteri Saadong, lalu Maharaja Siam ini telah mengambil dan membawa Puteri Saadong ke Krunthep (Bangkok),semasa berada di sana (Siam) Puteri Saadong telah terhidu dengan helah yang telah dirancang oleh Maharaja Siam yang mana beliau ingin menjadikan Puteri Saadong sebagai Permaisuri.

Dengan kesaktian yang ada pada diri beliau,maka Maharaja Siam itu telah di saktikan oleh Puteri Saadong dengan satu penyakit iaitu tumbuh nye pekung didada (bisul) dan penyakitnye itu telah berterusan selama beberapa purnama.Kerana tidak tahan dengan keadaan geringnye itu maka Maharaja Siam telah bertitah, jika sesiapa yang dapat menyembuhkan penyakit nye itu maka mereka akan mendapat satu permintaan yang akan di kota kan oleh Maharaja Siam , lalu Puteri Saadong sekali lagi mengunakan kesaktian yang ada padanye untuk menyembuh kan penyakit yang dialami oleh Maharaja Siam itu.Puteri Saadong telah membuat permintaan supaya menghantarnye pulang ke Kelantan jikalau penyakit Maharaja Siam itu sembuh.

Dengan kuasa Tuhan lama-kelamaan penyakit beliau telah sembuh dan beliau telah mengotakan janjinye iaitu menitahkan supaya Puteri Saadong dihantar pulang ke negeri Kelantan tetapi sebaliknye itu adalah tipu helah Maharaja Siam dan janji nye itu tidak dikotakan.Lalu Puteri Saadong melarikan diri pulang kelantan.Setibanye di Kelantan Puteri saadong terperanjat apabila mendapat tahu bahawa Raja Abdullah telah berkahwin lain.Puteri Saadong yang agak marah pada ketika itu telah mengambil pacak sanggul lalu menikam Raja Abdullah.Selepas kematian Raja Abdullah Puteri Saadong membawa diri bersama hulubalangnye (Awang Selamat) dan bersemayam di Bukit Marak.

Mengikut cerita sejarah silam bahawa Puteri Saadong juga telah bersemayam di Bukit Panau (Tanah Merah),Gunong Reng (Jeli) dan Gunong Ayam (bersebelahan Gunong Stong).

Adakah benar bahawa Puteri Saadong telah merantau sehingga ke Pulau Langkawi dan Sarawak (Borneo)?????

Menurut mitos Puteri Saadong adalah orang yang sama dengan Cik Siti Wan Kembang,Puteri Santubong,Puteri Kayangan Bulan (Padang Sira Kedah) dan Tujuh Puteri di Terengganu,penyamaran ini terpaksa dilakukan kerana melarikan diri dari menjadi buruan oleh Siam dan orang Raja Abdullah.Benarkah Puteri Saadong masih hidup???Jikalau Puteri Saadong telah mangkat di manakah makam beliau????